Teknik Trimming dan Memasak Australian Wagyu Chuck Flap
VIDEO 3 Minit
Ikuti episod ketiga Siri Butchery Aussie Beef Mate bersama Chef JP Park, yang berkongsi teknik pemotongan dan penyediaan Australian Wagyu secara praktikal untuk pasaran Korea.
Dalam episod ini, pelajari teknik mengendalikan Australian Wagyu Chuck Flap MB 6–7 untuk memaksimumkan potensi nilainya, termasuk cara trimming lemak pada permukaan daging dengan cekap. Ketahui juga cara mengenal pasti garisan pemisah semula jadi antara otot bagi membolehkan potongan ini digunakan dengan lebih fleksibel dalam pelbagai menu foodservice.
Terokai dua kaedah penyediaan Chuck Flap. Pelajari cara mengasingkan setiap otot dan menghiris daging melawan arah serat untuk hidangan nasi Korean BBQ, atau mengekalkan bahagian utama sebagai satu potongan untuk menghasilkan Denver Cut steak yang tebal.